Khamis, 11 Jun 2009

terima kasih untuk satu lilitan mesra

bila awek itu memandang aku dengan kesungguhan, aku menjadi kaget. selruh lutut dan buku lali aku bergetar. masakan tidak, dialah awek paling cun kat department aku. bisa boleh bikin runtuh hati dan jiwa dengan pandangan tajam dia itu. umpama pandangan superman yang mengeluarkan sinaran power dari mata.

dia berada di kubikel dia. aku berada di kubikel aku. dia duduk dan aku pula berdiri. aku pusing kebelakang memandang samada dia melihat aku atau melihat lelaki lain dibelakang aku, setahu aku kubikel belakang aku hanya seorang perempuan tua yang sering aku panggil kakak.

aku berdiri tak mahu duduk. dia masih melihat aku dengan benar-benar. aku pulak yang hampir tersipu-sipu malu.

dia mengangkat kening sambil memuncungkan mulut, seperti menujukkan sesuatu kat aku. adakah hatinya sudah berkecai dua dan ingin memberikan satu kepada aku?

'itu, itu' mungkin itu yang ingin dimaksudkan oleh dia. aku mula kehairanan tentang apa yang 'itu'.

muncung mulut diselangi dengan satu senyuman yang paling manis yang pernah dia lemparkan kat aku.

aku lihat ke badan selaras dengan muncungan mulut dia yang merah pink itu. yes, warna kuning telah terbonjol sedikit diluar.

rupa-rupanya dia maksudkan dengan zip seluar aku yang tidak bertutup itu. malu, terkedu, semua rasa pun ada berojak mesra. aku pun duduk balik sambil mengenyit mata kepadanya tanda terima kasih dan buat-buat tak tahu seperti aku dan dia tidak pernah bermain mata.

ah; kejadian sebegini memang klise.

2 ulasan:

  1. Gua paling bekenan blog minimalis camni..
    lu punya blog kene ngan tekak gua.

    BalasPadam
  2. fdausahmad : thanks bro..

    BalasPadam